Thursday, 18 May 2017

Rindu jadi tetamu Allah

kali ni aku jauh menjelajah dalam mimpi.
aku mimpi ke tanah suci bersama hubby dan teman-teman. Mulanya hubby ambil cuti tanpa gaji dua minggu untuk jadi guru pembantu di sekolah pondok? hahaha apakah pelik mimpi aku kali ni. sekolah tu seolah-olah baru dibangunkan sebab hubby baru siap-siap nak pasang atap. Dibina di atas air pula tu. sekolah tu bersambung dari satu kelas ke satu kelas dengan jambatan. 
sempat juga aku ikut trip lawatan sambil belajar mereka ke hutan. Ada beberapa guru disana yang aku kenal tapi lupa nama. mana tak nya aku bukan rapat pun dengan dorang *realitinya mereka pernah jual burger di gerai sebelah*. semasa lawatan tu macam-macam aktiviti, yang aku ingat ada adegan spy-spy hahaha. Dah nak balik ada pula musuh tawan tempat kitaorang. Bincang punya bincang musuh ajak lawan bola tampar. 

Jadi kami guru-guru sekolah pondok pun bersiap sedia nak ke gelanggang tup tup sampai ke Madinah. haaaaaaa jauh kan kami melompat? tiba-tiba ramai pak arab berjubah serban. kami pun tak lepaskan peluang masuk ke Masjid Nabawi. Subahanallah cantik seni bina di dalamnya.Sejuk dari bawah sampai ke tiang bertampal tail-tail berkilat. Aman sungguh. Kami ditempatkan seperti dorm asrama. Dalam ramai-ramai jemaah tu ada seorang mamat yang aku kenal join group kami (crush aku) huhu *hubby jangan marah kalau terbaca ni. Kami dah tiga hari di Madinah so esok nak berangkat ke mekkah. Exited nya! mutawif kata kena sediakan mask sebab panas di sana. kami pun shopping area masjid. Buka pintu kedai kebetulan ada si crush menarik pintu. Aku macam dingin semacam ja dengan dia. aku masuk lepaskan pintu jalan macam angin. hehe Hubby cuba topeng lawaaaa! macam mask death vader tapi jenis fabrik warna hitam putih. 
lebih kurang macam ni la.. lawa kan?
Kemungkinan kerinduan aku nak ke tanah suci terlampau kuat sehingga terbawa mimpi.Alhamdulillah, kami sekeluar dah sampai menunaikan umrah pada jun 2012. semoga aku dan hubby akan menjadi tetamu Allah sekali lagi. kesimpulanya, mimpi hanya mimpi sekadar mainan tidur. Tapi adakalanya boleh dijadikan teladan atau motivasi. thank you sudi membaca kisah mimpi merepek aku ni. #manadamimpiyanglogik 


No comments:

Post a Comment

39week1day

“Sakit perut b. Gastric kali ni” selamba hubby aku suru minum 100 untuk kasi sendawa dia bilang. Tapi aku ada feeling lain macam jga ni. 2m...