Thursday, 18 May 2017

Rindu jadi tetamu Allah

kali ni aku jauh menjelajah dalam mimpi.
aku mimpi ke tanah suci bersama hubby dan teman-teman. Mulanya hubby ambil cuti tanpa gaji dua minggu untuk jadi guru pembantu di sekolah pondok? hahaha apakah pelik mimpi aku kali ni. sekolah tu seolah-olah baru dibangunkan sebab hubby baru siap-siap nak pasang atap. Dibina di atas air pula tu. sekolah tu bersambung dari satu kelas ke satu kelas dengan jambatan. 
sempat juga aku ikut trip lawatan sambil belajar mereka ke hutan. Ada beberapa guru disana yang aku kenal tapi lupa nama. mana tak nya aku bukan rapat pun dengan dorang *realitinya mereka pernah jual burger di gerai sebelah*. semasa lawatan tu macam-macam aktiviti, yang aku ingat ada adegan spy-spy hahaha. Dah nak balik ada pula musuh tawan tempat kitaorang. Bincang punya bincang musuh ajak lawan bola tampar. 

Jadi kami guru-guru sekolah pondok pun bersiap sedia nak ke gelanggang tup tup sampai ke Madinah. haaaaaaa jauh kan kami melompat? tiba-tiba ramai pak arab berjubah serban. kami pun tak lepaskan peluang masuk ke Masjid Nabawi. Subahanallah cantik seni bina di dalamnya.Sejuk dari bawah sampai ke tiang bertampal tail-tail berkilat. Aman sungguh. Kami ditempatkan seperti dorm asrama. Dalam ramai-ramai jemaah tu ada seorang mamat yang aku kenal join group kami (crush aku) huhu *hubby jangan marah kalau terbaca ni. Kami dah tiga hari di Madinah so esok nak berangkat ke mekkah. Exited nya! mutawif kata kena sediakan mask sebab panas di sana. kami pun shopping area masjid. Buka pintu kedai kebetulan ada si crush menarik pintu. Aku macam dingin semacam ja dengan dia. aku masuk lepaskan pintu jalan macam angin. hehe Hubby cuba topeng lawaaaa! macam mask death vader tapi jenis fabrik warna hitam putih. 
lebih kurang macam ni la.. lawa kan?
Kemungkinan kerinduan aku nak ke tanah suci terlampau kuat sehingga terbawa mimpi.Alhamdulillah, kami sekeluar dah sampai menunaikan umrah pada jun 2012. semoga aku dan hubby akan menjadi tetamu Allah sekali lagi. kesimpulanya, mimpi hanya mimpi sekadar mainan tidur. Tapi adakalanya boleh dijadikan teladan atau motivasi. thank you sudi membaca kisah mimpi merepek aku ni. #manadamimpiyanglogik 


Monday, 15 May 2017

wonder cat. meaw!

Kali ni aku mimpi meaw! 
kebanyakannya pelakon dalam mimpi ni kucing-kucing di rumah mentua ku. so jimat kos tak payah ambil kucing lain hahaha. si damit, si putut dan si hitam. mereka bergaduh sesama sendiri. si putut asyik main light saver. si damit terkam si hitam dari belakang. melompat dari almari ke almari. aku pula tak endahkan diorang. Di luar papa sudah tunggu dalam kereta. nak kemana pun ak tak tahu. aku masuk kereta ada si abang, apis dan manin. tutup ja pintu kereta terus melunjur ke simpang rumah.
Tiba-tiba kucing-kucing tadi pun ada dalam kereta. bila masa diorang naik pun tak tahu.sampai ke destinasi kami semua turun. tengok sign board "kelinik haiwan" laaa kucing kami sawan rupanya. kesian dia...

Sunday, 14 May 2017

selamat hari ibu

Hari ni masuk satu bulan tiga hari mama meninggal (ibu mertua ku).
hari ni pula sambutan Hari Ibu sedunia. Air mata mengalir hidung tersumbat. sebelum tidur aku dan hubby teringat mama.
Betullah cakap orang tua-tua, sebelum tidur basuh kaki dan muka. kami tidur dengan pipi yang basah. Dalam tidur ku sudah masuk bulan puasa. aku dan hubby membeli barang-barang basah untuk masak sahur. sehingga lewat malam kami pulang berjalan kaki menyusuri jalan raya lapang. kiri kanan hanya terlihat tanah kering namun ada cahaya kekunungan di hujung jalan. sepanjang jalan raya itu di pagari tunggul-tunggul kayu tapi jarang-jarang jaraknya. tak tahu lah apa motif pagar tu disitu. Dalam perjalanan kami riuh bercerita tentang suasana jalan ni yang biasanya bising dipenuhi bunyi hon kereta tak berhenti sehingga lepas waktu subuh.

setibanya kami dirumah. cahaya lampu berlari masuk, terpandang mama yang biasanya tidur di ruang tamu. tubuh kecilnya terbaring di atas lantai hanya berlapikkan sofa. badannya sedikit bergulung memeluk badan sendiri sejuk barangkali. aku arahkan hubby menyorong tilam nipis di sebelahnya (mama) supaya lebih selesa. kami pun terus ke dapur masak untuk sahur. Anak buah hubby menangis nak ke tandas. biasa lah budak-budak.

Alarm bingit memaksa aku bangun. Alhamdulillah, hari ini ahad! hubby cuti pagi ni bersihkan kuburan sekampung..aku tak tahu apa maksud mimpi ku itu. Apa yang pasti kami disini hanya dapat berdoa.Semoga mama ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah buat Zainab Binti Duraman.

Thursday, 6 April 2017

Fate

Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk bernafas, mengingatu Mu.

ok! Tujuan aku menulis blog ni sebenarnya saja-saja hilangkan bosan di rumah. Well, this is my third blog i guess? hahaha. Biasa lah 5-6 tahun lepas zaman aku baru nak UP! kalau baca semula tulisan-tulisan blog dulu malu!lucu! nda mengakulah itu blog ku! hahahaha.

Now im married women. Fuhh! the largest! Decision i had. 27 Januari 2017, Jumaat, selepas asar SAH! aku jadi isteri orang. 

Emm. Manusia yang berdiri di sebelah aku ni ak dah kenal 10 tahun yang lalu. Laa mamat ni dulu di sekolah lalu macam angin ja. selama 3 tahun kami di sekolah yang sama nda pernah bertegur. asal kenal nama ja hehehe. Terjadi lah cerita when the first time i meet him on my cusin wedding around october kalau nda silap. Waktu tu aku jadi penyambut tetamu. ala yang bagi doorgift tuu. Well, aku memang terkenal dengan sikap peramah ku. (ehemm actualy aku tengah on dengan MLM haha) aku tegur la mamat ni. "EHHH MACAM KENAL? SI KIMIN NI KAN?" sungguh-sumgguh aku tegur dia. Dia boleh bagi senyum ja, angkat tangan, jalannn. Macam kuyak jua tu kan? haha Lepas makan terus balik nasib baik senyum angat tangan...lagi. 
Hmmm, aku rasa waktu tu lah cupid panah punggung dia sebab tu nda banyak cakap, angkat tangan ja hahaha perasan!
ni lah wajah penyambut tetamu tu kahkah

Oke mau tau cerita kami versi dia pula? ceritanya berbunga-bunga. Katanya dia ni pemalu so, sebab tu mampu senyum ja. Kononnya dia nampak awek yang pengang bakul tu manis macam ada bunga jatuh bterbangan d belakang. hahaha Sweet talker lah sangat!
 Lepas beberapa minggu Hamba Allah ni Add aku dalam 'beetalk'. so disitu la bermulanya kisah Hakimin dan Mira (H&M).

sudah lahh. till next time. ma'assalamah!

39week1day

“Sakit perut b. Gastric kali ni” selamba hubby aku suru minum 100 untuk kasi sendawa dia bilang. Tapi aku ada feeling lain macam jga ni. 2m...